Friday, September 5, 2008

Kenali Wajah Untuk Tampil Cantik


BAGAIMANA PUN BENTUK WAJAH ANDA BERFIKIRLAH SECARA POSITIF. BERHENTI DARI MEMBUAT ANDAIAN BAHAWA ANDA TIDAK CANTIK. YANG PERLU ANDA LAKUKAN HANYALAH UNTUK MELIHAT APA YANG MENARIK DARI ANDA KEMUDIAN BARULAH MULAI MELIHAT APA YANG KURANG. CUBALAH UNTUK MEMAKSIMUMKAN KELEBIHAN ANDA DAN MEMBEI TUMPUAN UNTUK MENUTUPI KELEMAHAN KEKURANGANNYA.

Apakah yang anda rasakan istimewa pada diri anda? Mata adakah yang paling bagus atau wajah anda? Mulakan dengan meriasnya sebaik mungkin. Tonjolkan keindahannya. Untuk bahagian wajah yang lain, pelajari beberapa tips yang boleh diperolehi dari majalah-majalah wanita atau pendapat pakar kecantikan. Misalnya, bentuk wajah anda terlalu segi empat, jangan risau. Pilihlah bentuk potongan rambut yang 'jatuh' didepan telinga anda. Ini akan membuat wajah anda terlindung di kiri dan kanan dagu. Ingat Audrey Hepburn yang punya wajah kotak tetap tampil cantik dan mempesona. Perhatikan matanya cantik bukan?
Berhias didepan cermin tidak perlu lama-lama. Sebenarnya kalau anda mempelajari cara berhias dengan baik, 5-10 minit cukuplah untuk mekap setiap hari. Jangan lupa, bersihkan wajah anda setiap malam. Pemeliharaan kulit memainkan peranan penting dalam penampilan kecantikan anda.



KEAJAIBAN

Andalah yang paling tahu wajah anda. Anda akan tahu mana yang memang bagus untuk anda. Cubalah setiap mekap yang anda beli. Man yang paling sesuai, itulah yang anda pilih.

Pakailah mekap secukupnya. Semua yang terlihat natural jauh lebih baik. Jadi, mulailah dengan pemakaian mekap secukupnya lebih dulu, baru tambahkan lagi bila hasilnya masih terlalu samar. Mekap bukanlah operasi plastik. Jadi jangan mengharapkankeajaiban dari mekap. Anda tidak boleh mengubah wajah anda secara drastik. Cukup memaksimumkan rasan anda saja. Yang perlu diperhatikan adalah untuk membuat riasan anda merata. Jangan sampai terlihat belang-belang atau wujud perbezaan besar antara wajah dan leher.

Apabila anda tidak memakai foundation, pemakaian bedak tetap akan membuat wajah kita lebih halus dan tidak kusam. Bedak juga boleh membantu menyamarkan bahagian-bahagian yang diberi mekap agak tebal. Pewarna mata terlalu tebal, misalnya boleh disamarkan dengan meletakkan bedak diatasnya.

Bedak membantu menahan foundation atau concealer sehingga mekap anda nampak lebih menyerlah. Bedak juga untuk menahan kelembapan. Ingat, kulit yang sihat seharusnya memang nampak natural dan menarik.

Pilihlah bedak yang translucent, kecuali bila kulit anda memang cenderung gelap. Bedak itu akan membuat kulit wajah anda nampak natural dan tidak mempengaruhi foundation mahupun concealer yang anda kenakan. Bila anda menginginkan warna pilihlah warna bedak yang natural dan lebih terang dari warna foundationnya.

Warna bedak di sekitar mata sebaiknya juga lebih terang. Warna yang gelap akan membuat mata anda nampak letih.



petikan tips cantik dan sihat
oleh ZAITON ABDUL MANAF (wanita)

1 comment:

Anonymous said...

hey there.ewah ewah.bg tips ya buat kaum hawa.bgs-2.leh try ni.dah la kiter x jarang brmekap.x de ms mao solek muke ma.ngeee.anyway nice info.gud luck.